TUAN HJ MOHD ASNA BIN AMIN

Kami ada satu impian. Impian suci untuk melihat Negeri Sembilan maju. Berdaya saing. Kompetitif. Berpendapatan tinggi. Dinamik.

Mengapa tidak?

Negeri Sembilan yang memiliki pelbagai kelebihan dari segi geografi, ekonomi, diversiti dan lokasi ; memang selayaknya memiliki ekonomi berprestasi tinggi seiring dengan negeri negeri perindustrian yang lain.

Kita sangat dekat dengan lapangan terbang utama dan pelabuhan pelabuhan utama, jaringan lebuhraya melalui kawasan kawasan ekonomi di negeri kita, kita juga ada banyak kawasan yang sesuai untuk melaksanakan eko-pelancongan dengan jayanya – mengapa kita tidak menggunakan kelebihan ini untuk meletakkan rakyat Negeri Sembilan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan rakyat negeri Selangor yang bersebelahan dengan negeri kita?

Kami meyakini yang Negeri Sembilan memiliki potensi yang sangat besar untuk digembleng bagi manfaat kita semua; hanya menanti pasukan yang kompeten untuk menerajui inisiatif yang sesuai.