Menanam musik dalam kepala.

Elon Musk baru sahaja umumkan teknologi menanam chip dalam kepala manusia yang membolehkan perkhidmatan streaming untuk lagu lagu terus disediakan tanpa peranti.

Ya, mimpi ngeri sebahagian ibu bapa dah tiba. Kalau anak anak remaja kita sebahagiannya sudah “menanam” musik di kepala mereka (dengan earphone yang tertanam di cuping telinga) , dan ketagihan lagu sudah menjadi barah yang tak dapat diubati, datang pula teknologi yang membawa lagu lagu terus masuk dalam kepala.

Bukan bermaksud kami menentang lagu atau hiburan, tetapi seperti yang semua maklum, distraction yang keterlaluan dengan musik benar benar mengganggu perkembangan positif anak anak kita.

Seperti garam dan gula, kehadiran dalam jumlah yang memadai akan menjadikan hidup lebih seronok. Tetapi kalau berlebihan pula akan menyebabkan penyakit, kesengsaraan dan kematian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *