Aktiviti

Gerobok REzeki Masjid ibnu khaldun lavender heights

Gerobok Rezeki (GR) MQIKLH adalah satu inisiatif yang digerakkan oleh THA ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Malaysia pada 18 Mac 2020.

Matlamat GR adalah untuk membantu golongan yang terkesan akibat pergerakan ekonomi yang terhad akibat PKP, dan menjadi platform bagi golongan yang berkemampuan bagi membantu meringankan impak PKP kepada golongan B40.

Bermula 18 Mac 2020 hingga 18 May 2020, sejumlah sekitar RM200,000.00 terlah berjaya dikumpulkan dan diagihkan kepada golongan sasar dalam bentuk pek bantuan asas makanan yang mengandungi beras, gula, tepung, minyak masak dan telur ayam; dan juga dalam bentuk sumbangan wang tunai.

Kami berharap agar GR menjadi inspirasi kepada masjid masjid khususnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya untuk menggembleng tenaga bagi membantu golongan yang memerlukan.