Gerobok Rezeki 2021

Gerobok Rezeki 2021 digerakkan oleh minda dan tenaga yang sama daripada Gerobok Rezeki 2020. Cuma untuk tahun ini, Masjid Lavender Heights tidak lagi menjadi platform Gerobok Rezeki bernaung, tetapi Gerobok Rezeki kini bernaung di bawah Yayasan Pendidikan Bumiputera yang berpusat di Seremban 2.


Gerobok Rezeki 2020

Gerobok Rezeki (GR) adalah satu inisiatif Masjid Qaryah Ibnu Khaldun Lavender Heights di bawah pimpinan Asna Amin, yang berhasrat meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid 19 pada awal 2020. Sukarelawan daripada masyarakat Lavender Heights bergabung tenaga dengan kepimpinan Asna Amin mengumpulkan dana daripada dermawan dari serata tempat untuk membekalkan keperluan asas secara percuma kepada yang memerlukan.

GR bermula di dalam kawasan masjid akhirnya dipindahkan ke premis restoran ‘Rumah Makan Che Ta’ yang bertahan sehingga PKP 1 berakhir pada hujung Ramadan 2020. Sekitar RM200,000 telah dikumpul dan habis dibelanjakan bagi tujuan ini. Bantuan disalurkan dalam bentuk bahan makanan asas dan juga tunai kepada yang memerlukan.