MADRASAH TAHFIZ AL FATH LAVENDER HEIGHTS

Madrasah Tahfiz Al Quran Al Fath (MATAF) adalah sebuah institut pengajian al Quran yang menjadikan hafalan al Quran sebagai fokus utama pengajian untuk pelajar pelajarnya.

Madrasah ini muda beroperasi di bawah pengurusan Masjid Ibnu Khaldun Lavender Heights (MQIKLH) pada 1 Januari 2019, dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohd Asna bin Hj Amin. Sejak pengambilalihan MATAF oleh Tuan Hj Asna serta barisan pengurusan yang baru, MATAF menyaksikan penambahbaikan dari segala segi :

  • Bangunan asrama yang ditambah baik dengan pengudaraan dan ruang yang lebih baik
  • Bangunan kelas 2 tingkat yang baru untuk keselesaan pelajar
  • Ruang riadah yang luas dan selesa
  • Aktiviti kokurikulum diperkenalkan dengan lebih berstruktur
  • Sistem pengambilan pelajar yang lebih sistematik bagi menjamin kualiti graduan.
  • Sistem infaq yang lebih meluas dan telus bagi memudahkan penginfaq dan menambah kepercayaan terhadap pengurusan MATAF.

Galeri Madrasah