MASJID QARYAH IBNU KHALDUN LAVENDER HEIGHTS

Masjid yang terletak di tengah tengah taman perumahan Lavender Heights merupakan sebuah masjid yang cukup terkenal di Negeri Sembilan. Di bawah kepimpinan Tuan Hj Asna, Masjid ini miliki berbagai pencapaian yang membanggakan, antaranya :

  • Naiktaraf surau ke status Masjid
  • Peningkatan jumlah purata jemaah solat fardu pra PKP daripada 50 orang ke 250 orang
  • Memperkenalkan Madrasah Aulad : kelas mengaji Quran asas untuk anak anak kariah dengan seramai 40 orang pelajar.
  • Menambah bilangan kuliah rutin dan memenuhkan semua slot kuliah
  • Menjadikan Aktiviti masjid semakin meriah dengan kuliah Penceramah Selebriti Jemputan , Hari Masjid, Perarakan Maulidurrasul dan program kerjasama dengan NGO.
  • Penyediaan sistem pengurusan jenazah dengan pembinaan bilik jenazah, AJK pengurusan jenazah dan van jenazah.
  • Renovasi masjid selaras dengan peningkatan aktiviti, bagi menyediakan prasarana yang sesuai untuk ahli kariah.
  • Penyelarasan program korban dengan 20 ekor lembu dan kambing di perkarangan masjid.